Bunga

Wednesday 25 September 2013

Indahnya cinta di jalan halal

Assalamualaikum...

Bila rasa hati diketuk dengan seseorang, perasaan mesti menjadi indah kan. Tapi kita harus ingat, jangan letakkan cinta manusia melebihi cinta kepada Allah. Orang yang tidak boleh menerima kenyataan apabila putus cinta atau merasa hidupnya tidak lagi bermakna menunjukkan di tidak redha dengan segala ketentuan Allah S.W.T bahkan cintanya kepada sang kekasih melebihi maha pencipta-Nya.

Perasaan ingin bercinta dan dicintai memang merupakan fitrah manusia.Tetapi harus ingat, jadikan cinta anda itu dengan cinta yang diredhai Allah iaitu perkahwinan. Lupakan niat, kalau hanya mahu bercouple tapi bukan untuk berkahwin kerana bercouple ni boleh menjunus kearah zina dan boleh mengundang fitnah. Jangan risau, kerana jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah. Banyakkan berdoa agar dikurniakan suami atau isteri yang soleh dan solehah.


No comments:

Post a Comment